Friday, August 8, 2014

PENGALAMAN HAMIL DAN BERPANTANG DENGAN SET BERSALIN SHAKLEE

Assalamualaikum...

Ni cerita bila kali pertama kali saya JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Maaf ye, entry kali ni agak panjang 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasanya, ini kali pertama saya bercerita bagaimana saya boleh berkenalan dan jatuh cinta dengan shaklee..Alkisahnya bermula masa saya mengandungkan Zafran.Sepanjang mengandung, saya memang tak ada masalah langsung. Kalau alahan tu tipu la tak ada kan, cuma kurang. Loya pun kadang-kadang je, sehari sekali je ataupun kadang-kadang 2 hari sekali. Saya masa tu tak boleh bau nasi yang ditanak tu. Nak masak nasi untuk suami pun, tutup hidung la.Masak, tetap masak ok.Hehehe...Syukur Alhamdulillah. Tu pun, sebulan je, masa masuk bulan kedua. Masuk je bulan ketiga, terus tak ada..

Sebelum tu, saya consume obimin.Orang cakap kalau makan obimin, nanti anak dalam perut besar. Saya buat tak endah je, sebab saya nak ambil vitamin untuk anak dalam kandungan. Fikir anak je masa tu. Sampai la 1 hari saya google pasal set berpantang shaklee. Agak terlewat masa tu, masa kandungan saya dah hampir 8 bulan. Baca testimoni pengguna lain macam best je, macam nak try je. Saya kurang gemar makan jamu, sebab tak boleh makan terus lepas bersalin kan. Panas. Nanti beri kesan kat baby tambah2 kalau anak jaundis (kuning) memang tak boleh langsung pakai jamu. Sebab tu saya tertarik dengan set pantang shaklee ni. Terus boleh makan sejurus lepas bersalin, anak kuning pun boleh makan. Terus saya msj nama akak2 yang jual shaklee kt blog tu. Ramai juga saya pm, tapi semua lambat reply.ekekeke...Lastly, saya order dengan kawan kakak ipar je...Saya nak pakai cepat, dorangla yang rugi.hehe. Produk bagus kan, saya tak kisah nak beli dengan sape2 masa tu. Harini order, esok terus sampai!! Pantas tahu..ehehehe..

Jadi, pengajaran buat saya, servis mesti kena pantas, consultant mesti kena bagus. Baru customer tak lari.  .. Peringatan untuk saya juga.





Lepas sampai, rupanya boleh juga consume masa mengandung. Saya baru tahu. Mula2, saya cuba esp je dulu. Bila checkup bulanan kat klinik, sorang nurse ni cakap, cantiknya hb saya. heeeeee.. Sebelum ni tak ada la bacaan hb saya rendah dalam 10-11 camtu tapi consume esp bacaan hb naik 13..Bahaya tau hb rendah ni, hemoglobin dalam darah kan bawa oksigen tambah2 untuk baby. Kalau kandungan oksigen dalam darah rendah sangat, boleh bawa maut untuk baby tahu. Masha Allah, nauzubillahiminzalik..Saya tahu semua ni sebab saya google tahu. Saya ambil tahu. Buat banyak bacaan tambah2 ni kandungan sulung saya. Tak ada apa2 pengalaman langsung.Terus saya consume set hamil+ostematrix+esp. Lupa nak cakap, saya order set pantang tu yang premium punya tau. Siap ada set kurus dan set menyusu sekali dalam tu..Terus saya berhenti makan obimin. Beza sangat sebelum dan selepas makan set hamil shaklee ni. Seriously, badan rasa tak penat langsung. Walaupun bawa perut masa tu dah 8 bulan kan. Siap berkebun lagi kat belakang rumah..Tak tipu, jemputla datang rumah saya kat Temerloh ni, macam2 sayur saya tanam masa pregnant aritu..Sesetengah nya ada lagi.hehehe

Masa kandungan masuk 9 bulan, saya dan suami decide nak saya bersalin kat kampung, kat Tanah Merah. Kebetulan balik raya 2013, terus stay ngan mak.. Suami pun balikla Temerloh sorang2.. Sedihnya nak berpisah dengan suami masa tu...Masa awal kahwin dulu, memangla dah pernah dok jauh2. Saya kerja kat Cameron Highlands waktu tu, suami pulak kat Maran, Pahang..Lepas resign, masa tu belum pregnant lagi, baru rasa dok serumah.

Masa due saya dah sampai, masa tu 16 hb 9, saya masih tak ada tanda2 nak bersalin..Pergi checkup doktor dan scan, semuanya tak ada masalah. Sampailah pagi 24hb 9, saya rasa ada air keluar. Masa tu memang dah syak, air ketuban pecah kot. Tapi sikit sangat. Tak rasa sakit apa2 pun..Terus pergi klinik. Rupanya air ketuban bocor dan terpaksa naik ambulans pergi hospital besar Tanah Merah..Pada 25hb saya kena induce sebab baby tak mau keluar lagi. Masih tak ada sakit2 nak bersalin tu. Orang cakap, sakit bila induce ni, tapikan, saya tak rasa apa2..ehehehehe.Kebal betul saya ni. Malam tu, induce kali kedua, pun tak rasa apa2. Pagi 26hb 9 tu, lepas subuh, baru rasa ada tanda2 sakit sikit2. Doktor periksa jalan, dah bukak 2cm dan doktor pecahkan air ketuban saya. Saya masuk labour room pukul 7.30pagi.. Saya tak sempat makan apa2 pun sebelum tu, cuma ada ambil segelas esp dan sempat telan 4 biji ostematrix..

Alhamdulillah, saya selamat bersalin pukul 3.31 petang, 26hb 9 2013 secara normal. Berat baby masa tu 3.2kg..Tak rasa letih, tak rasa penat pun masa tu. Siap borak2 lagi dengan nurse kat labour room tu. Saya naik kat wad biasa pukul 9malam.Sampai kat katil, saya minum lagi esp segelas. Masha Allah, saya masih tak rasa lapar. Pagi 27hb baru saya makan nasi, tu pun sikit je.. Cuma, yang sedihnya, baby zafran kena pindahkan wad lain. Kan saya ada kebocoran air ketuban masa 24hb lagi. Doktor bimbang baby kena jangkitan kuman. Tapi, Allah Maha Besar, baby tak ada apa2. Cuma ada kuning sket 195.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Tu cerita masa saya bersalin, lepas bersalin pun saya consume set pantang. Kuning Zafran cepat je turun. Tak sampai seminggu, bacaan dah bawah seratus. Tak rasa macam dalam pantang pun, badan cergas je. Susu meriah. Luka jahit cepat je sembuh.Dan dalam masa sebulan, berat badan saya turun 13kg.. Jelesss tak?





Dan, selepas tu, saya terus jadi ahli shaklee tau. Tak mahal pun, RM75 je seumur hidup.

Now, saya nak kongsi kebaikan suplemen shaklee ni dengan anda2 pula. Ramai dah customer saya yang bagi feedback sangat berpuas hati dan repeat order. Saya hanya panjatkan syukur pada Allah, bukakan hati saya untuk cuba suplemen ni. Saya seronok nak share kebaikan produk ni, jadi saya tak kisah pandangan orang.

Jom, sertai keluarga besar shaklee saya, Nak berbisnes ke, nak makan sendiri ke terpulang. U decide. Dah berjuta2 pengguna merasai kebaikan supplemen ni. Sebab, kehidupan sekarang ni kebanyakan makanan hilang khasiatnya dan macam2 penyakit ada. Cuma tunggu kita cegah saja.

>>Saya buat apa yang saya suka
>>Saya suka bisnes shaklee  



Nak berbisnes?? Tak tahu nak mula dengan bisnes apa?? Tak ada ilmu bisnes??
Mari sini rapat, saya tunjukkan cara 
Hubungi Kay di 019-4817414

2 comments:

  1. pengalaman sendiri ni..memang rasa bertenaga sangat walaupun dalam pantang...

    ReplyDelete
  2. Titanium White Dominus - TITanium's Edge
    TITANA's Edge blue titanium is the standard razor design with an elegant and distinctive diamond tip which offers a smooth, smooth shave for close to titanium septum jewelrytitanium lug nuts Rating: 3 · ‎1 microtouch titanium trim as seen on tv review micro touch trimmer · ‎€38.00 · ‎In stock

    ReplyDelete