Assalamualaikum...
Kalau ada baca entry-entry kay lepas, mesti dah tau kan kay selamat melahirkan anak sulung pada 26 September 2013 tahun lepas. Ni pengalaman bersalin dan set bersalin yang saya ambil. AnaqiZafran sekarang ni dah berumur 1 tahun 3 minggu.
Jadi, entry ni kiranya untuk bagi perkembangan Anaqi sebagai bayi G6PD. Alhamdulillah, sampai sekarang dia sihat. Jarang sakit, jarang dapat demam or flu, aktif dan sangat cerdik!!!
Hehehe...
![]() |
Anak yang sangat aktif, cepat belajar..Saya hanya mengamalkan Set Bersalin dan Set Meyusu Shaklee |
Yer, memang saya mengamalkan set menyusu Shaklee.Tapi saya hanya ambil ESP dan OsteMatrix sahaja. Alfalfa saya tak ambil sementelah bayi G6PD ni tidak boleh terima sesetengah ubatan termasuk vitamin K. Alfalfa ni mengandungi vitamin K yang tinggi. Jadi, sekiranya anda juga fully breastfeed anak seperti saya, elakkan ubatan atau vitamin yang mengandungi vitamin K dan lain2 ok. Ada banyak senarai ubatan yang bayi G6PD ni alah. Jadi, tugas ibubapa la yang perlu peka.
Sekarang ni, dah ramai bayi mengalami kekurangan enzim G6PD ni. Jadi, ibu-ibu jangan risau ok.
=====================
Sebenarnya, apa itu G6PD?
=====================
Penyakit ke? Bukan...G6PD adalah Glucose 6 Phosphate Hydrogenese iaitu sejenis enzim dalam sel darah merah. Fungisnya untuk mengawal sel darah merah dari termusnah dengan lebih awal.
Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bahan-bahan kimia dan sesetengah ubatan tertentu diambil boleh mengakibatkan sel darah merah pecah.
Semasa bersalin, sample darah dari tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.
Apabila Anaqi disahkan mengalami kekurangan enzim G6PD, dia terus ditahan di wad bayi selama 5 hari. Ni adalah prosedur dia. Sebab bayi G6PD mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk mendapat jangkitan terutamanya jaundice atau penyakit kuning. Kalau bayi G6PD ni kena penyakit kuning, memang akan jadi sangat teruk dan memakan masa lama untuk hilang. Jadi, doktor akan pantau sekurang-kurangnya 5 hari di wad. Sekiranya tak ada sebarang masalah, hari ke-6 dah boleh balik.
Oh ye, result G6PD keluar cepat. Sebelum ibu-ibu dibenarkan pulang dengan anak pun dah keluar result. Sekiranya ibu dan anak sihat, anak dah membuang dengan baik, esoknya dah boleh balik.
Ibubapaperlu mengambil tahu semua makanan dan ubatan yang tidak boleh diambil oleh bayi yang mengalami kekurangan enzim ni seperti dalam rajah 1. Ia adalah seumur hidup. Cuma, apabila dewasa, hal ini sudah tidak menjadi masalah. Tapi bukan sembuh ok.
Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Makanan dan herba yang perlu dielakkan
|
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
|
---|---|
Bahan lain yang mesti dielakkan
Ubat yang mesti dielakkan
|
|
Semakan akhir | : | 26 April 2012 |
Nama Penulis | : | Dr. Fazila Kutty |
Penyemak | : |
Dr. Irene Cheah Guat Sim
|
Selepas bersalin, saya terus makan set bersalin Shaklee tu. Anaqi ada juga kuning sikit dalam seratus lebih. Lepas makan set bersalin tu, memang kuning dia cepat turun. Tak sampai seminggu kuning dah dah hampir tak ada. Syukur, Alhamdulillah.
Dalam keluarga saya sendiri, 3 orang adik saya mengalami kekurangan G6PD ni. Jadi, kiranya saya pun tak risau sangat. Ada antara mreka dah berkahwin pun. Semuanya normal.
Sebab itu saya tak risau, dan tak perlu risau. Hanya perlu peka dan berjaga-jaga masa mereka kecil saje. Bimbang termakan bacang parang/ kacang itik tu. Yang tu memang bahaya la. Boleh akibatkan sel darah merah pecah, badan akan jadi kebiruan dan boleh mengakibatkan MAUT!!
Adik saya yang ada G6PD ni dah mengambil alfalfa yang termasuk dalam Set Kuruskan Badan masa dia berumur 21 tahun. Tak ada masalah langsung. Badan dia pun makin sihat, berat badan pun dah turun banyak.
Jadinya, masa bayi je kita perlu berjaga-jaga. Bila dah dewasa ni, dah ok.
============================================
Dalam Shaklee, vitamin apa lagi yang mengandungi Vitamin K?
============================================
Selain alfalfa, Zinc complex juga ada vitamin K. Tapi, semasa di dalam pantang saya makan zinc complex langsung tak ada masalah. Luka bersalin pun cepat sembuh. Sebabnya kandungan vitamin K dia adalah rendah berbanding alfalfa.
Jadi, sekiranya anda tidak fully bf, boleh je amalkan alfalfa ni. Boleh kurus dengan cepat.
Tapi, saya memilih untuk fully bf. Anda bagaimana?
Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.
CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment