Monday, October 20, 2014

PETUA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU


Assalamualaikum...

Ye, saya pun pernah alami masalah bengkak susu. Sampai demam-demam. yang peliknya, saya kena masa hari ke-20 selepas lahirkan AnaqiZafran..

Sebenarnya, tak pelik pun. Pengeluaran susu masa tu semakin banyak. Selalu sangat terjadi bagi ibu muda. Waktu tu tak faham lagi konsep supply n demand. Petanda baik tu sebenarnya sebab pengeluaran susu banyakkan, jadi bolehla menyusu anak sampai 2 tahun.

Sementelah, awal-awal dulu AnaqiZafran masih menyusu campur-campur. Ditambah pula dia masih mengambil masa untuk belajar menyusu dengan betul. Saya juga mengalami 'niple crack' masa tu.

Tapi, Alhamdulillah...masalah saya tu tak berlarutan lama. Tak macam jiran saya yang terpaksa dibedah disebabkan breast dia dah membangkak teruk dan mengakibatkan mastitis. Breast dah keras macam tu, sampai bernanah!! Sebab tu terpaksa dibedah. Nauzubillahiminzalik..

Petua yang saya gunakan untuk kurangkan sakit bengkak susu tu ada kat sini. Ni petua yang mak saya ajar, ditambah dengan pemakanan suplemen Shaklee. Alhamdulillah, berkesan.

1. Mandi dengan air suam.

2. Mula-mula tu, mak ajar tuam dengan tuala yang dah celup dengan air suam-suam panas. Tekapkan. Lega sangat rasa. Buat dengan kerap.

3. Urut perlahan kawasan yang membengkak dan kawasan sekitarnya dari pangkal hingga ke hujung aerola (kawasan berwarna gelap).

4. Sikatkan payudara dari pangkal ke hujung aerola secara berkala.

5. Kerapkan menyusu anak dan mengajar anak menyusu dengan kedua belah payudara. Dah terjadi anak saya gemarkan sebelah sahaja. Walaupun anak menolak dan memilih macam tu,  ibu kena sabar nak teruskan juga ajar. Anak akan biasa menyusu dengan kedua-dua belah nanti. Saya juga lakukan marmet dan simpan.

6. Saya amalkan makan Lecithin. 



Lecithin ni memang saya ambil di dalam set bersalin saya. Nasib baik dah termasuk dalam set tu. 

Ia berfungsi mencegah duktus susu yang tersumbat. Lemak-lemak susu yang tersumbat akan dipecahkan kepada titisan yang lebih kecil kerana lecithin pengemulsi lemak. Sekiranya digabungkan dengan lfalfa, secara tak sedar sebenarnya kita juga makan set kurus. Alfalfa selain berfungsi sebagai penggalak susu, ia juga membantu membuang lebihan lemak yang diemulsi oleh lecithin. 

Nak kurangkan bengkak susu, alih-alih dapat kurus sekali.

Lecithin juga membantu menguatkan memori. Biasanya, ibu-ibu lepas bersalin akan mudah lupa. Jadi, khasiat lecithin juga akan disalurkan kepada anak melalui penyusuan. Membantu kuatkan memori dan saraf anak juga. baguskan perkembangan otak anak.



Selain lecithin, OmegaGuard juga membantu kurangkan bengkak susu seperti Lecithin. Juga produk terbaik untuk menguruskan badan. Omega Shaklee ni dihasilkan daripada minyak ikan laut dalam dari perairan sejuk. Dan pastinya kaya dengan omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk kuatkan memori dan daya ingatan. 

EPA dan DHA yang dihasilkan daripada sumber haiwan lebih baik berbanding tumbuhan.

Jadi, terpulang pada ibu-ibu untuk memilih salah satu atau keduanya. Pilihan sudah ada.




Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)










No comments:

Post a Comment