Thursday, September 18, 2014

KESAN KALAU BERHENTI MAKAN VITAMIN

Assalamualaikum


Apa akan jadi kalau berhenti makan vitamin ye?? Pernah terlintas tak dalam fikiran kita situasi ni?


Kerana, saya mendapat satu pertanyaan daripada seorang customer saya, begini:

“Kay, saya kan consume Vitamin C dan Vitamin E untuk kulit. Memang kulit saya bertambah baik daripada sebelum ini, tambah-tambah kat kulit muka. Saje je nak tanya  ni, kalau tiba-tiba berhenti makan vitamin ni kulit muka saya akan jadi bermasalah semula ke?”


SET KECANTIKAN 

 Saya memberi jawapan mudah..


Kita boleh mendapat zat daripada makanan harian kita, walaupun belum tentu apa yang kita makan tu mencukupi keperluan zat dan nutrient yang diperlukan oleh badan kita. Ia ibarat rumah yang tiada perabot. Rasa tak lengkap kan. Kita dah biasa dengan keadaan itu. Jadi tak kisah. Apabila kita mengambil vitamin, vitamin tu fungsinya menutupi ruang-ruang kosong dalam badan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian kita seperti vitamin B, vitamin C, Vitamin E dan banyak lagi. Ia diibaratkan seperti rumah kita dipenuhi dengan perabot, sangat selesa. Tapi, perlu diingat untuk penyerapan nutrient yang berkesan, ingat rule 90 hari ok.Saya akan post pasa rule ni nanti. Konsisten adalah penting untuk mendapat kesan yang terbaik.


Tiba-tiba, kita berhenti makan vitamin. Mungkin sebab lupa, stok habis atau tiada peruntukan wang untuk pembelian vitamin pada bulan tersebut.
Kita dah biasa berada di dalam rumah yang selesa, bersama perabot kan? Dan tiba-tiba terpaksa berpindah semula ke rumah lama yang tiada perabot, memang akan terasa beza. Samala juga dengan pengambilan vitamin ni. Memang ramai yang biasa makan vitamin akan terasa beza apabila berhenti makan.


Contoh lain, semasa berpuasa Kay akan bersahur dengan segelas ESP. Memang badan akan bertenaga. Tak rasa penat, tak rasa lapar dan dahaga sangat tambah-tambah Kay masih menyusu badan. Tipula kalau tak rasa lapar dan dahaga langsung kan cuma tak ketara sangat. Beza sangat kalau Kay terlupa dan tak sempat bersahur dengan ESP. Badan rasa lain, tak bermaya, letih dan dahaga, sebab puasa kan. Tapi, Kay tetap berpuasa cuma memang akan terasa lain. 

>>>Tengok, saya sendiri pun kadang-kala terskip makan vitamin. Tapi langsung tak ada kesan sampingan hokeyy..hehehe. Tapi, jangan tiru saya. Untuk kesan terbaik memang kena konsisten.


Tiada istilah kebergatungan pada vitamin sebenarnya. Pokok pangkal berbalik pada penerimaan badan. Badan rasa lebih baik kerana vitamin mebekalkan pelbagai khasiat dan nutrien yang sememangnya diperlukan oleh badan. Sebab tu, bila makan vitamin terasa ada perubahan kan. Bila dah berhenti, sifir mudahnya badan dah tidak menerima khasiat dan nutrient tambahan yang diperlukan, jadi badan pun kembali kepada asal. Kecuali kalau kita mengubah tabiat pemakanan yang betul dengan makan mengikut piramid makanan yang betul. Tapi, mengikut keadaan semasa sekarang yang kebanyakan makanan tercemar akibat racun perosak, ayam yang dicucuk antibiotik dan sebagainya, yang berpunca daripada perbuatan manusia sendiri adalah hampir mustahil untuk mendapat makanan berkhasiat. Sebab itulah pentingnya pengambilan suplemen dalam pemakanan seharian.


Bila keadaan muka kita kembali bermasalah selepas berhenti makan vitamin, jangan terus salahkan brand vitamin tersebut. Ia adalah kerana pola dan corak pemakanan kita sendiri yang salah. Kaji balik ok.


Tetapi jangan risau, setakat ini Shaklee tidak pernah menerima aduan mengenai setiap produk keluaran syarikat kerana kesemua produk keluaran Shaklee adalah selamat, semulajadi, tiada perisa dan pewarna tambahan.


Apabila makan vitamin Shaklee, perlu disusuli dengan ilmu pemakanan vitamin yang betul. Jadi, setiap pembelian produk shaklee dengan saya, anda akan mendapat:

# Jadual makan vitamin yang betul
# Konsultan dan tips terbaik dan berterusan dari saya
# Harga yang terbaik untuk pelanggan yang setia 



Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.





No comments:

Post a Comment