ASSALAMUALAIKUM...
Cara makan vitamin Shaklee ni bergantung kepada individu sebenarnya. Kerana, sesetengah individu tidak dapat makan vitamin pagi, tapi boleh je diubah makan pada waktu tengahari. Bergantung kepada situasi dan tujuan pengambilan.
Tapi, perlu diingat, terdapat RULES DO's & DONT'S ye..Perlu titikberatkan juga.
Sebab itu, penting sangat untuk hubungi konsultan masing-masing dan tanya jadual makan vitamin Shaklee yang paling bagus untuk kita.
Lain tujuan dia, lain pula cara makannya. Contoh, untuk set kurus saya galakkan ambil alfalfa dan lecithin sebelum makan ye. Ini untuk kesan yang lebih baik. Kalau terlupa makan, boleh juga ambil selepas makan. Tidak akan memudaratkan. Cuma antara baik dan lebih baik.
PENGGUNA KALI PERTAMA
Untuk pengguna yang kali pertama nak makan vitamin Shaklee, saya galakkan mulakan dengan herblax dulu. Kerana herblax ni fungsi dia untuk membuang toksin dari dalam badan, mencuci usus yang bertahun bekerja untuk kita tu kan dan untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut. Elak SEMBELIT. Secara mudahnya, boleh kempiskan perut juga. Wahhhh...
Sebab itu, herblax ni terdapat dalam set kurus.
Nak buang toksin, tapi TERPAKSA kurus pula, best ke best??
Bila toksin dalam badan dah kurang, usus dah bersih jadi penyerapan nutrien dalam makanan dan dalam makanan tambahan akan lebih efisen. Betul....
Cuma, pengambilan herblax hanya 2x seminggu.
Secara asasnya, perlu kenal vitamin-vitamin ni dulu.
Lecithin & Omega, Alfalfa & Zinc – vitamin sebelum makan
Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.
Alfalfa pula merupakan sumber serat yang tinggi. Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. Alfalfa juga sangat bagus sebagai milkbooster hebat dan untuk melegakan 5 jenis penyakit berangkai iaitu elergi/resdung/asma/gegata/ekzema. Sebab itu, alfalfa terdapat di dalam set kurus, set menyusu, set berpantang dan 5 serangkai ni.
* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 2-5 alfalfa
Zinc Complex
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan), kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.
Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.
JADUAL MAKAN VITAMIN
Lepas dah kenal, boleh ikut cadangan pengambilan vitamin kat bawah ni. Ini adalah cadangan ye, boleh diubah mengikut keperluan. Sebelum ubah, dapatkan nasihat konsultan masing-masing.
SEBELUM SARAPAN
- Zinc complex, 1 biji (2x seminggu sahaja)
- Collagen powder 1 peket
- ESP, 1 sudu besar. Bancuh dengan air masak, air suam atau sebarang minuman/jus kegemaan. Lebih senang bancuh dengan shaker untuk senang larut dan untuk tekstur yang lebih creamy.
- Meal Shakes, 1 sudu besar. Bancuh sama macam esp dan boleh campur dengan esp untuk rasa yang lebih sedap.
- Cinch shake 1 sudu besar
- Performance Drink, 1 sudu besar
SELEPAS SARAPAN - Vitamin yang memberi tenaga
Vitamin ni larut air, sebaiknya ambil dengan segelas air masak untuk penyerapan yang lebih baik.
- B-complex,1 biji
- Vitalea, 1 biji
- Vit c, 1 biji
- Vivix, 1 sudu teh
SEBELUM LUNCH
- Lecithin 3 biji
- Omega 1-3 biji
AFTER LUNCH - Vitamin ADEK, larut lemak
(selalunye lunch makan berat kan.. so makanan berminyak membantu penyerapan vit2 larut lemak.. ADEK)
- Alfalfa 2-5 biji
Bagi kali pertama ambil alfalfa, saya galakkan ambil 2-3 biji dulu sehari, sebab ia bersifat jamu, panas sikit. Lepas dah serasi boleh tambah sehingga maksimum 10 biji sehari, bahagi 2x makan.
Jika tengahari ada ambil vit E dan GLA, alfalfa ambil pagi dan malam saja (sekiranya ada ambil ketiga-tiga vitamin ni)
- GLA 1 biji (GLA 2x sehari)
SEBELUM DINNER
- Lecithin 3 biji
- Omega
AFTER DINNER
- Alfalfa 2-5 biji
- Nutriferon 1 peket (ambil 1 minggu 1x atau jika nak dema atau demam baru ambil hari-hari)
- Nutriferon 1 peket (ambil 1 minggu 1x atau jika nak dema atau demam baru ambil hari-hari)
SEBELUM TIDUR
- Ostematrix 4 biji (minum dengan segelas susu atau minum dengan ESP
- ESP (optional.. jika org biasa bukan ibu menyusu. protein ni minum sekali je sehari dah memadai. either sebelum tidur or awal pagi
- Herblax 2-4 biji
ELAKKAN:
1. Elakkan mengambil Vita Lea dengan Osteomatrix dan ESP serentak. kerana zat besi (iron) di dalam Vita Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix dan penyerapan zat besi dalam vita lea. Zinc complex juga mengandungi iron. Elakkan zinc dan vita lea dengan sebarang produk tenusu dan kalsium.
2. Jangan ambil alfalfa dengan vit E dan GLA (juga ada vit E) kerana ia akan mengganggu penyerapan alfalfa.
3. Pesakit SLE dan ibu yang menyusu bayi G6PD tidak digalakkan mengambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi vitamin K yang tinggi.
4. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vita lea dan zinc complex kerana mengandungi iron.
5. Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan protin.
6. Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman/makanan mengandungi kafein, jarakkan pengambilan 2 jam antara keduanya, mengelak ganguan penyerapan vitamin.
CADANGAN LAIN:
1. Ambillah vitamin mengikut kuantiti yang disyorkan. Pengambilan dos yang berlebihan terutama vitamin larut lemak akan membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh mengakibatkan toksik.
2. Minumlah 3 liter air masak sehari. Bukan air manis, air bergas atau minuman berkafein 3 liter ye. Secara mudahnya, individu yang mempunyai berat 25kg memerlukan 1 liter air sehari untuk pembuangan toksin dan penyerapan nutrien yang optimum.
Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Bagi individu yang ada penyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 1 jam.
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.
Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.
CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment