AnaqiZafran baru beberapa hari sembuh dari chicken pox/cacar air/bertih (ikut dialek Kelantan). Kesian sangat kat dia sampai demam-demam. Memang nampak mengerikan sebab satu badan tumbuh biji berair terutama kat kaki dan lutut. Syukurnya, kat muka tak ada langsung. Alhamdulillah.
Menurut Dr. Zubaidi (http://drzubaidi.com/blog/pemakanan-untuk-chicken-pox/), chicken pox atau cacar air adalah sejenis penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella. Lebih teruk sekiranya ia dijangkiti oleh orang dewasa. Ia merupakan penyakit yang berjangkit melalui titisan cairan cacar samada melalui perkongsian tuala dan bahan tercemar yang lain.
Anaqi berjangkit melalui sepupunya, padahal masa tu sepupunyanya tu dah nak sembuh. Lepas balik dari rumah kakak ipar Kay tu, anaqi terus demam. Doktor hanya bagi ubat demam dan antibiotik sebab masa tu tak timbul lagi biji chicken pox tu. Pagi esoknya, baru nampak timbul kat lutut. Lepas rujuk doktor semula, doktor hanya bagi ubat sapu.
![]() |
chicken pox Anaqi hari ke-3 |
![]() |
Hari ke-4, biji chicken pox dah mula pecah |
Kesyukuran saya, Anaqi langsung tak menggaru. Cuma ada merengek hari pertama dan kedua dia demam, sebab tak selesa kan. Yelah, kita orang dewasa yang kena pun mesti sakit-sakit badan dan kepala dibuatnya. Hari kesepuluh, bintik chicken pox tu dah kecut dan kering dengan cantik.
**********************
Apa yang saya ikhtiar untuk dia? Padahal, saya langsung tak guna ubat hospital?
>>Setiap hari, saya mandikan Anaqi dengan mandian yang dicampur dengan Basic H.
>>Pada hari pertama hingga hari ketiga (sebelum chicken pox Anaqi pecah), saya sapu dengan herbal blend shaklee.
>>Lepas hari ke-4 dan selepas biji-biji tu dah pecah, saya sapu dengan herbal blend yang dicampur dengan zinc complex shaklee. Zinc complex tu saya hancurkan dulu. Zinc complex bantu luka cepat sembuh dan kering dengan cantik.
![]() |
Campuran zinc complex dan herbal blend |
Sampai hari ke-10, Alhamdulillah chicken pox dia dah kering. Jangan risau, kesemua produk Shaklee adalah semulajadi dan selamat terutama untuk bayi.
![]() |
Hari ke-10 selepas disapu herbal blend dan zinc complex |
Antibiotik yang doktor bagi saya habiskan. Penting ye habiskan antibiotik walaupun nampak anak dah sembuh.
Sepanjang Anaqi terkena chicken pox ni, saya elakkan bagi Anaqi makan makanan bergoreng, kicap, telur dan ayam. Ni pesan orang-orang tua, mak dan mak mertua saya. Selagi ia membawa kebaikan, kita ikutla kan. Sebenarnya, ia nak elakkan sekiranya berlaku elergi dan gatal-gatal. Mencegah kan lebih baik.
Saya hanya buatkan bubur kentang dan campur ikan bilis dalam bubur dia. Mujur sangat, demam pun dia masih berselera makan.
Jom, ikhtiar cara selamat. Lepas ni tak risau dah sebab chicken pox ni kena sekali seumur hidup kan. Lebih senang kena masa anak masih kecil, senang nak uruskan.
Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.
CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)
No comments:
Post a Comment