Monday, October 20, 2014

PETUA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU


Assalamualaikum...

Ye, saya pun pernah alami masalah bengkak susu. Sampai demam-demam. yang peliknya, saya kena masa hari ke-20 selepas lahirkan AnaqiZafran..

Sebenarnya, tak pelik pun. Pengeluaran susu masa tu semakin banyak. Selalu sangat terjadi bagi ibu muda. Waktu tu tak faham lagi konsep supply n demand. Petanda baik tu sebenarnya sebab pengeluaran susu banyakkan, jadi bolehla menyusu anak sampai 2 tahun.

Sementelah, awal-awal dulu AnaqiZafran masih menyusu campur-campur. Ditambah pula dia masih mengambil masa untuk belajar menyusu dengan betul. Saya juga mengalami 'niple crack' masa tu.

Tapi, Alhamdulillah...masalah saya tu tak berlarutan lama. Tak macam jiran saya yang terpaksa dibedah disebabkan breast dia dah membangkak teruk dan mengakibatkan mastitis. Breast dah keras macam tu, sampai bernanah!! Sebab tu terpaksa dibedah. Nauzubillahiminzalik..

Petua yang saya gunakan untuk kurangkan sakit bengkak susu tu ada kat sini. Ni petua yang mak saya ajar, ditambah dengan pemakanan suplemen Shaklee. Alhamdulillah, berkesan.

1. Mandi dengan air suam.

2. Mula-mula tu, mak ajar tuam dengan tuala yang dah celup dengan air suam-suam panas. Tekapkan. Lega sangat rasa. Buat dengan kerap.

3. Urut perlahan kawasan yang membengkak dan kawasan sekitarnya dari pangkal hingga ke hujung aerola (kawasan berwarna gelap).

4. Sikatkan payudara dari pangkal ke hujung aerola secara berkala.

5. Kerapkan menyusu anak dan mengajar anak menyusu dengan kedua belah payudara. Dah terjadi anak saya gemarkan sebelah sahaja. Walaupun anak menolak dan memilih macam tu,  ibu kena sabar nak teruskan juga ajar. Anak akan biasa menyusu dengan kedua-dua belah nanti. Saya juga lakukan marmet dan simpan.

6. Saya amalkan makan Lecithin. 



Lecithin ni memang saya ambil di dalam set bersalin saya. Nasib baik dah termasuk dalam set tu. 

Ia berfungsi mencegah duktus susu yang tersumbat. Lemak-lemak susu yang tersumbat akan dipecahkan kepada titisan yang lebih kecil kerana lecithin pengemulsi lemak. Sekiranya digabungkan dengan lfalfa, secara tak sedar sebenarnya kita juga makan set kurus. Alfalfa selain berfungsi sebagai penggalak susu, ia juga membantu membuang lebihan lemak yang diemulsi oleh lecithin. 

Nak kurangkan bengkak susu, alih-alih dapat kurus sekali.

Lecithin juga membantu menguatkan memori. Biasanya, ibu-ibu lepas bersalin akan mudah lupa. Jadi, khasiat lecithin juga akan disalurkan kepada anak melalui penyusuan. Membantu kuatkan memori dan saraf anak juga. baguskan perkembangan otak anak.



Selain lecithin, OmegaGuard juga membantu kurangkan bengkak susu seperti Lecithin. Juga produk terbaik untuk menguruskan badan. Omega Shaklee ni dihasilkan daripada minyak ikan laut dalam dari perairan sejuk. Dan pastinya kaya dengan omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk kuatkan memori dan daya ingatan. 

EPA dan DHA yang dihasilkan daripada sumber haiwan lebih baik berbanding tumbuhan.

Jadi, terpulang pada ibu-ibu untuk memilih salah satu atau keduanya. Pilihan sudah ada.




Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)










Saturday, October 18, 2014

WOWWW~~SHAKLEE OFFER TRIPLE PROMOSI OKTOBER 2014..NAKKK!!!


Assalamualaikum...

Oktober ni bulan durian runtuh ke apa ye? Biasanya, setiap bulan Shaklee hanya offer promosi sekali je sebulan. Contoh: Beli 6 botol GLA complex percuma 1 botol. 

Bulan lepas je double promosi. Collagen powder beli 6 kotak percuma 1 kotak dan MealShakes Beli 3 tin percuma 1 tin atau beli 6 tin percuma 2 tin!!

Wahhhh!!!

Tapi, promosi Mealshakes Beli 3 tin percuma 1 tin tu masih berjalan sampai Oktober ni.

Jadinya, promosi bulan ni adalah.....

BELI 6 TIN ESP PERCUMA DAPAT 7 TIN


Sekiranya anda dapatkan promosi ESP ni, anda layak mendapat:

>>>Percuma keahlian bernilai RM65
>>>Postage percuma
>>>Bonus cashback bernilai RMXX
>>>Percuma 1 tin ESP bernilai RM150
>>>Percuma konsultan dari saya secara berterusan
>>>Pelbagai tips berkesan untuk memulakan bisnes dan jana pendapatan 3-4 angka sebulan sehigga unlimited
>>>Percuma tips dan segala info berkaitan ESP, resepi ESP dan tips bermasker dengan ESP
>>>Free gift from myheart
>>>Dan banyak lagi

Selain itu, promosi kedua adalah (promosi sepanjang September-Oktober 2014):

BELI 3 TIN MEALSHAKES PERCUMA 1 TIN
 Dengan mendapatkan promosi Mealshakes ni, anda layak:

>>>Percuma konsultan dari saya secara berterusan
>>>Pelbagai tips berkaitan Mealshakes
>>>Free Gift from my heart

Dan...

Sekiranya anda nak lagiii untung, dapatkan 2 set MealShakes, anda layak dapat:

>>>Keahlian percuma sekiranya anda add OsteMatrix
>>>Percuma keahlian bernilai RM65
>>>Postage percuma
>>>Bonus cashback bernilai RMXX
>>>Percuma 2 tin Mealshakes
>>>Percuma konsultan dari saya secara berterusan
>>>Pelbagai tips berkesan untuk memulakan bisnes dan jana pendapatan 3-4 angka sebulan sehigga unlimited
>>>Percuma tips dan segala info berkaitan MealShakes
>>>Free gift from myheart
>>>Dan banyak lagi

10% pembelian daripada beli 3 tin MealShakes percuma 1 tin ni akan disalurkan ke rumah-rumah jagaan anak-anak kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Sambil membeli, sambil sihat, sambil beramal



Dan, satu lagi promosi adalah...


BELI 6 BOTOL SUST.RELEASE VITAMIN C PLUS, PERCUMA 1 BOTOL

Promosi Vitamin C plus ni hanya berjalan pada hari ini sahaja. 18 Oktober 2014.. Ye, harini saje..

Shaklee offer ni bersempena perasmian Home Office Shaklee yang terbaru bertempat di Sunway Pinnacle, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor..

Jadi, sangat rugii kalau tak grab promosi ni..

Hubungi saya cepat-cepat untuk mendapat harga yang jauh lebih rendah hanya pada bulan Oktober ni ye.

Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.




Friday, October 17, 2014

ANAKKU LAHIR SEBAGAI BAYI G6PD-AKU REDHA


Assalamualaikum...

Kalau ada baca entry-entry kay lepas, mesti dah tau kan kay selamat melahirkan anak sulung pada 26 September 2013 tahun lepas. Ni pengalaman bersalin dan set bersalin yang saya ambil. AnaqiZafran sekarang ni dah berumur 1 tahun 3 minggu.

Jadi, entry ni kiranya untuk bagi perkembangan Anaqi sebagai bayi G6PD. Alhamdulillah, sampai sekarang dia sihat. Jarang sakit, jarang dapat demam or flu, aktif dan sangat cerdik!!!

Hehehe...

Anak yang sangat aktif, cepat belajar..Saya hanya mengamalkan Set Bersalin dan Set Meyusu Shaklee 


Yer, memang saya mengamalkan set menyusu Shaklee.Tapi saya hanya ambil ESP dan OsteMatrix sahaja. Alfalfa saya tak ambil sementelah bayi G6PD ni tidak boleh terima sesetengah ubatan termasuk vitamin K. Alfalfa ni mengandungi vitamin K yang tinggi. Jadi, sekiranya anda juga fully breastfeed anak seperti saya, elakkan ubatan atau vitamin yang mengandungi vitamin K dan lain2 ok. Ada banyak senarai ubatan yang bayi G6PD ni alah. Jadi, tugas ibubapa la yang perlu peka.

Sekarang ni, dah ramai bayi mengalami kekurangan enzim G6PD ni. Jadi, ibu-ibu jangan risau ok.


=====================
Sebenarnya, apa itu G6PD?
=====================

Penyakit ke? Bukan...G6PD adalah Glucose 6 Phosphate Hydrogenese iaitu sejenis enzim dalam sel darah merah. Fungisnya untuk mengawal sel darah merah dari termusnah dengan lebih awal. 

Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bahan-bahan kimia dan sesetengah ubatan tertentu diambil boleh mengakibatkan sel darah merah pecah.

Semasa bersalin, sample darah dari tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.


Apabila Anaqi disahkan mengalami kekurangan enzim G6PD, dia terus ditahan di wad bayi selama 5 hari. Ni adalah prosedur dia. Sebab bayi G6PD mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk mendapat jangkitan terutamanya jaundice atau penyakit kuning. Kalau bayi G6PD ni kena penyakit kuning, memang akan jadi sangat teruk dan memakan masa lama untuk hilang. Jadi, doktor akan pantau sekurang-kurangnya 5 hari di wad. Sekiranya tak ada sebarang masalah, hari ke-6 dah boleh balik. 

Oh ye, result G6PD keluar cepat. Sebelum ibu-ibu dibenarkan pulang dengan anak pun dah keluar result. Sekiranya ibu dan anak sihat, anak dah membuang dengan baik, esoknya dah boleh balik. 


Ibubapaperlu mengambil tahu semua makanan dan ubatan yang tidak boleh diambil oleh bayi yang mengalami kekurangan enzim ni seperti dalam rajah 1. Ia adalah seumur hidup. Cuma, apabila dewasa, hal ini sudah tidak menjadi masalah. Tapi bukan sembuh ok. 

Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

Semakan akhir:26 April 2012
Nama Penulis:Dr. Fazila Kutty
Penyemak:
Dr. Irene Cheah Guat Sim


Selepas bersalin, saya terus makan set bersalin Shaklee tu. Anaqi ada juga kuning sikit dalam seratus lebih. Lepas makan set bersalin tu, memang kuning dia cepat turun. Tak sampai seminggu kuning dah dah hampir tak ada. Syukur, Alhamdulillah. 


Dalam keluarga saya sendiri, 3 orang adik saya mengalami kekurangan G6PD ni. Jadi, kiranya saya pun tak risau sangat. Ada antara mreka dah berkahwin pun. Semuanya normal. 

Sebab itu saya tak risau, dan tak perlu risau. Hanya perlu peka dan berjaga-jaga masa mereka kecil saje. Bimbang termakan bacang parang/ kacang itik tu. Yang tu memang bahaya la. Boleh akibatkan sel darah merah pecah, badan akan jadi kebiruan dan boleh mengakibatkan MAUT!! 

Adik saya yang ada G6PD ni dah mengambil alfalfa yang termasuk dalam Set Kuruskan Badan masa dia berumur 21 tahun. Tak ada masalah langsung. Badan dia pun makin sihat, berat badan pun dah turun banyak. 

Jadinya, masa bayi je kita perlu berjaga-jaga. Bila dah dewasa ni, dah ok. 


============================================
Dalam Shaklee, vitamin apa lagi yang mengandungi Vitamin K?
============================================

Selain alfalfa, Zinc complex juga ada vitamin K. Tapi, semasa di dalam pantang saya makan zinc complex langsung tak ada masalah. Luka bersalin pun cepat sembuh. Sebabnya kandungan vitamin K dia adalah rendah berbanding alfalfa. 

Jadi, sekiranya anda tidak fully bf, boleh je amalkan alfalfa ni. Boleh kurus dengan cepat. 

Tapi, saya memilih untuk fully bf. Anda bagaimana?


Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Sunday, October 12, 2014

SET KURUS SHAKLEE - KURUS SECARA SIHAT


ASSALAMUALAIKUM...


Kay nak tanya, berapa banyak usaha korang dalam menguruskan badan? Joging? Diet yang keras?Ataupun  pernah cuba macam-macam produk kat pasaran kan? Nak pergi kuruskan badan kat tempat pelangsingan tu mahal lah pulak...


Kay pernah cuba pelbagai produk kuruskan badan. 

Daripada teh herba kuruskan badan yang berharga berpuluh ringgit tu sampaila yang berharga ratusan ringgit sekotak. 

Tak tahan sebab lepas minum teh herba tu, asyik ke tandas hampir 10 kali sehari. Perus asyik memulas-mulas hampir sebulan sepanjang minum. Yang ratusan ringgit tu pulak sebab tak mampu. Sementelah, masa tu masih belajar lagi.


Hai, nak kurus punya pasal kan.


Yang Kay perasan..Badan ku ini metabolisma rendah sangat. Susah nak turunkan berat badan. Kalau naik senang sangat. Kalau nak turun tu, kirim salam je la.hehehe..



Eh, tu dulu. Masa belajar dulu.


Lepas bersalin aritu, baru Kay kenal produk Shaklee. Tu pun sebab ambil set pantang Shaklee. Memang terbaik!!! Kay ambil set pantang premium yang ada set kurus sekali dalam tu..



JADI, NI KIRA TESTIMONI SENDIRI LA.. 


Alhamdulillah, berkesan untuk Kay...


-----------------------------------------
Mahal ke Set Kurus Shaklee ni??
-----------------------------------------

Senang cakap. Langsung tak berbaloi dengan harga!!

Berpatutan sangat, tapi kesan dia sangat tak patut!!

Nak ambik set kurus untuk kurus sebenarnya..TAPI
TERPAKSA dapat kulit cantik sekali
TERPAKSA badan pun jadi cergas
TERPAKSA badan tak jadi mengelebeh langsung lepas kurus
TERPAKSA kulit jadi makin cerah, dan
TERPAKSA kurus secara sihat


Nak set bajet tak sampai RM100 je pun aiii..


Tu pun dah berkesan. Ada bajet lebih boleh ambil set lengkap.


Bergantung pada bajet. Insha Allah, semua berkesan sekiranya ambil mengikut aturan makan yang betul.


Boleh tengok jadual makan vitamin Shaklee kat sini.




Set kurus bajet dengan tambahan Herblax


Set kurus asas terdiri daripada:
1) Lecithin
2) Alfalfa


Kalau makan set asas ni, kesan dia lebih baik sekiranya korang bersenam sekali. 


Set kurus lengkap terdiri daripada:
1) Herblax
2) Lecithin
3) Alfalfa
4) Omega Guard
5) ESP
6) Cinch Shake Mix
7) Cinch Energy Tea Mix


Tak perlu ambil semua dalam set lengkap ni. Hubungi Kay ye untuk set kurus kombinasi terbaik dan untuk dapatkan harga yang terbaik.


Bagi yang ada masalah metabolisma rendah macam Kay ni, boleh cuba minum Cinch Energy Tea Mix . 


Bukan setakat tingkatkan metabolisma badan untuk pembakaran lemak yang lebih efisien, malah beri tenaga, hilangkan rasa mengantuk (terutama bagi pelajar, pekerja yang selalu tidur lambat), tidak mengandungi kafein dan tanpa gluten.





Set kombinasi: Herblax, Lecithin dan Cinch Shake


ESP adalah minuman berprotein soya yang  mempunyai 9 asid amino yang penting untuk tubuh.ESP memberi rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari.Selain itu ESP mengurangkan risiko serangan gastrik ketika berpuasa.Protein sangat penting untuk membaikpulih struktur kulit,rambut,kuku dan boleh mengurangkan kolesterol.


Omega Guard membantu membakar lemak yang termendap. Membantu baan bertindak-balas dengan hormon dipanggil leptin yang berfungsi menghantar isyarat kepada otak untuk mengurangkan rasa lapar.


Alfalfa membantu masalah penghadaman dan pencernan, mencuci usus, menegangkan payudara dan punggung.



Herblax berfungsi untuk membersihkan usus.Jika pergerakan usus lancar, jadi, tidak ada makanan yang asyik tersekat dan melekat pada dinding usus, sebaliknya nutrien diserap dengan baik untuk kegunaan fungsi tubuh 

Sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit atau perut buncit.

Lecithin dikenali sebagai Pengemulsi lemak untuk memecahkan lemak. 
Lecithin yang diekstrak dari kacang soya organik ini larut lemak dan turut membantu menyerap vitamin A, D, E, K yang larut lemak.
Ia bertindak sebagai pembersih saluran darah. Jadi, sepanjang proses penurunan berat badan ini, risiko salur darah tersumbat dan serangan jantung juga rendah


Cinch Shake Mix membantu mengimbangi nutrien dan mengandungi leucine yang membantu mengekalkan otot dan membakar lemak Ia mengandungi protein, multivitamin dan serat. Sedap, mengenyangkan dan rendah kalori tanpa perlu berlapar.




Cinch Energy Tea Mix bantu meningkatkan metabolisma badan dan menambah tenaga. Juga, mengurangkan rasa mengantuk. 



================================================


Proses menguruskan badan berlaku kerana lemak dibakar tetapi otot tetap terpelihara Protein sangat penting dalam proses penurunan berat badan, kerana ia membantu membina otot. Otot sangat penting kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dan diperlukan untuk membakar kalori


ESP dan Cinch Shake Mix adalah sumber protein terbaik

================================================


Testimoni pengguna ESP untuk kurus

Testimoni pengguna set kurus shaklee

Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.


Saturday, October 11, 2014

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE TERBAIK


ASSALAMUALAIKUM...


Cara makan vitamin Shaklee ni bergantung kepada individu sebenarnya. Kerana, sesetengah individu tidak dapat makan vitamin pagi, tapi boleh je diubah makan pada waktu tengahari. Bergantung kepada situasi dan tujuan pengambilan.

Tapi, perlu diingat, terdapat RULES DO's & DONT'S ye..Perlu titikberatkan juga.

Sebab itu, penting sangat untuk hubungi konsultan masing-masing dan tanya jadual makan vitamin Shaklee yang paling bagus untuk kita.

Lain tujuan dia, lain pula cara makannya. Contoh, untuk set kurus saya galakkan ambil alfalfa dan lecithin sebelum makan ye. Ini untuk kesan yang lebih baik. Kalau terlupa makan, boleh juga ambil selepas makan. Tidak akan memudaratkan. Cuma antara baik dan lebih baik.


PENGGUNA KALI PERTAMA

Untuk pengguna yang kali pertama nak makan vitamin Shaklee, saya galakkan mulakan dengan herblax dulu. Kerana herblax ni fungsi dia untuk membuang toksin dari dalam badan, mencuci usus yang bertahun bekerja untuk kita tu kan dan untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut. Elak SEMBELIT. Secara mudahnya, boleh kempiskan perut juga. Wahhhh...

Sebab itu, herblax ni terdapat dalam set kurus.

Nak buang toksin, tapi TERPAKSA kurus pula, best ke best??

Bila toksin dalam badan dah kurang, usus dah bersih jadi penyerapan nutrien dalam makanan dan dalam makanan tambahan akan lebih efisen. Betul....

Cuma, pengambilan herblax hanya 2x seminggu.





Secara asasnya, perlu kenal vitamin-vitamin ni dulu.




Lecithin & Omega, Alfalfa  & Zinc – vitamin sebelum makan
Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.
Alfalfa pula merupakan sumber serat yang tinggi. Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. Alfalfa juga sangat bagus sebagai milkbooster hebat dan untuk melegakan 5 jenis penyakit berangkai iaitu elergi/resdung/asma/gegata/ekzema. Sebab itu, alfalfa terdapat di dalam set kurus, set menyusu, set berpantang dan 5 serangkai ni.
* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 2-5 alfalfa

Zinc Complex
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan),  kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.
Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.

JADUAL MAKAN VITAMIN
Lepas dah kenal, boleh ikut cadangan pengambilan vitamin kat bawah ni. Ini adalah cadangan ye, boleh diubah mengikut keperluan. Sebelum ubah, dapatkan nasihat konsultan masing-masing.

SEBELUM SARAPAN

- Zinc complex, 1 biji (2x seminggu sahaja)
- Collagen powder 1 peket
- ESP, 1 sudu besar. Bancuh dengan air masak, air suam atau sebarang minuman/jus kegemaan. Lebih senang bancuh dengan shaker untuk senang larut dan untuk tekstur yang lebih creamy.
- Meal Shakes, 1 sudu besar. Bancuh sama macam esp dan boleh campur dengan esp untuk rasa yang lebih sedap.
- Cinch shake 1 sudu besar
- Performance Drink, 1 sudu besar


SELEPAS SARAPAN - Vitamin yang memberi tenaga

Vitamin ni larut air, sebaiknya ambil dengan segelas air masak untuk penyerapan yang lebih baik.

- B-complex,1 biji
- Vitalea, 1 biji
- Vit c, 1 biji
- Vivix, 1 sudu teh

SEBELUM LUNCH

- Lecithin 3 biji
- Omega 1-3 biji


AFTER LUNCH - Vitamin ADEK, larut lemak

(selalunye lunch makan berat kan.. so makanan berminyak membantu penyerapan vit2 larut lemak.. ADEK)

- Alfalfa 2-5 biji 
 Bagi kali pertama ambil alfalfa, saya galakkan ambil 2-3 biji dulu sehari, sebab ia bersifat jamu, panas sikit. Lepas dah serasi boleh tambah sehingga maksimum 10 biji sehari, bahagi 2x makan.


Jika tengahari ada ambil vit E dan GLA, alfalfa ambil pagi dan malam saja (sekiranya ada ambil ketiga-tiga vitamin ni)
- Vit E 1 biji, 
- GLA 1 biji (GLA 2x sehari)



SEBELUM DINNER

- Lecithin 3 biji
- Omega


AFTER DINNER

- Alfalfa 2-5 biji 
- Nutriferon 1 peket (ambil 1 minggu 1x atau jika nak dema atau demam baru ambil hari-hari)


SEBELUM TIDUR

- Ostematrix 4 biji (minum dengan segelas susu atau minum dengan ESP
- ESP (optional.. jika org biasa bukan ibu menyusu. protein ni minum sekali je sehari dah memadai. either sebelum tidur or awal pagi
- Herblax 2-4 biji


ELAKKAN:
1.  Elakkan mengambil Vita Lea dengan  Osteomatrix dan ESP serentak. kerana zat besi (iron) di dalam Vita Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix dan penyerapan zat besi dalam vita lea. Zinc complex juga mengandungi iron. Elakkan zinc dan vita lea dengan sebarang produk tenusu dan kalsium.
2. Jangan ambil alfalfa dengan vit E dan GLA (juga ada vit E) kerana ia akan mengganggu penyerapan alfalfa.
3. Pesakit SLE dan ibu yang menyusu bayi G6PD tidak digalakkan mengambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi vitamin K yang tinggi.
4. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vita lea dan zinc complex kerana mengandungi iron.
5. Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan protin.
6. Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman/makanan mengandungi kafein, jarakkan pengambilan 2 jam antara keduanya, mengelak ganguan penyerapan vitamin.

CADANGAN LAIN:
1. Ambillah vitamin mengikut kuantiti yang disyorkan. Pengambilan dos yang berlebihan terutama vitamin larut lemak akan membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh mengakibatkan toksik.
2. Minumlah 3 liter air masak sehari. Bukan air manis, air bergas atau minuman berkafein 3 liter ye. Secara mudahnya, individu yang mempunyai berat 25kg memerlukan 1 liter air sehari untuk pembuangan toksin dan penyerapan nutrien yang optimum.

Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Bagi individu yang ada penyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 1 jam.
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.

Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.