Monday, November 10, 2014

CARA MAKAN OMEGAGUARD



Assalamualaikum

Siapa yang boleh makan Omega Guard? Saya dah buat entry pasal Omega Guard semalam. Boleh klik dan baca ok. Kanak-kanak seawal umur setahun dah boleh makan Omega Shaklee ni. 

Ramai yang tak tahu cara makan Omega Guard dengan berkesan. Kuantiti yang diambil juga berlainan terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil, untuk kurus dan untuk kesihatan yang berpanjangan.

Omega Guard didatangkan dalam kapsul jernih yang lembut


Omega Guard dilindungi oleh kapsul yang lembut


****************************************************
CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK

1. Kapsul Omega Guard boleh dipicit dengan jarum dan dimasukkan dalam susu anak. Boleh diberi seawal umur anak 1 tahun.
2. Boleh dikunyah begitu sahaja. Selamat untuk kanak-kanak 2 tahun dan ke atas.
3. Dipicit dengan jarum dan dicampur dengan makanan atau minuman kegemaran anak-anak.
4. Picit kapsul dengan jarum dan letakkan dalam sudu dan beri Omega Guard seperti ubat.
5. Ditelan begitu sahaja, selamat untuk kanak-kanak berumur 10 tahun dan keatas.



***************************************************
CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK DEWASA (KURUS)

Perlu diingat, Omega Guard lebih cepat kesan dia untuk kurus berbanding Lecithin. Bezanya seperti kita naik kapal terbang dan naik kereta la. Faham kan. Cuma, lecithin lebih banyak dipilih kerana harganya lebih murah dalam masa yang sama mampu mengemulsi lemak dengan berkesan.

1. Maksimum pengambilan Omega Guard adalah 3 biji sehari. Tak boleh lebih tau.
2. Ia tak elok diambil semasa perut kosong. Seeloknya, makan selepas makan. 1 biji selepas sarapan dan 2 biji selepas makan tengahari.


****************************************************
CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK PELAJAR

Untuk pelajar, cara pengambilan adalah seperti di atas, cuma kuantitinya boleh dikurangkan.

Cukup hanya 2 kapsul sehari. Diambil sekaligus atau 2 kali sehari seperti 1 kapsul selepas sarapan dan 1 kapsul selepas makan tengahari.

Untuk Set Pelajar Pintar, elok diambil bersama Vita-Lea dan B-Complex.

VITA-LEA memcukupkan keperluan vitamin dan mineral dalam badan kerana sebagai pelajar, mereka sering makan tak tentu dan selalu skip makanan.

B-COMPLEX bantu tukarkan makanan kepada tenaga, jadi ia bantu kurangkan rasa mengantuk di dalam kelas akibat kekenyangan. Juga bantu kawal fungsi saraf badan dan kurangkan rasa stress. 


*************************************************
CARA MAKAN OMEGA GUARD SEMASA HAMIL

Perlu tahu kebaikan Omega Guard masa mengandung:
1. Bekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak bayi.
2. Membantu mengawal stress ibu.
3. Paling best, bantu mengawal berat badan ibu semasa mengandung. Tak ada la berat badan naik mendadak walaupun hamil kan.
4. Kuantiti yang perlu diambil, 2 kapsul sehari.

Omega Guard diambil oleh ibu mengandung selepas trimester ke-2 dan ke-3. Semasa trimester pertama, ia tak digalakkan lagi kerana otak bayi belum terbentuk lagi.

Pengambilan Omega Guard juga perlu dihentikan 4 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Atau, hentikan pengambilan semasa minggu ke-32. Ia untuk mengelakkan berlakunya darah cair semasa bersalin. Sebab itu, penting untuk mendapatkan konsultan yang betul untuk mengajar kita cara makan Omega Guard dengan betul ok.



Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)







PUNCA CHICKEN POX/CACAR AIR/BERTIH DAN CARA MENGUBATINYA

Assalamualaikum

AnaqiZafran baru beberapa hari sembuh dari chicken pox/cacar air/bertih (ikut dialek Kelantan). Kesian sangat kat dia sampai demam-demam. Memang nampak mengerikan sebab satu badan tumbuh biji berair terutama kat kaki dan lutut. Syukurnya, kat muka tak ada langsung. Alhamdulillah.

Menurut Dr. Zubaidi (http://drzubaidi.com/blog/pemakanan-untuk-chicken-pox/), chicken pox atau cacar air adalah sejenis penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella. Lebih teruk sekiranya ia dijangkiti oleh orang dewasa. Ia merupakan penyakit yang berjangkit melalui titisan cairan cacar samada melalui perkongsian tuala dan bahan tercemar yang lain.


Anaqi berjangkit melalui sepupunya, padahal masa tu sepupunyanya tu dah nak sembuh. Lepas balik dari rumah kakak ipar Kay tu, anaqi terus demam. Doktor hanya bagi ubat demam dan antibiotik sebab masa tu tak timbul lagi biji chicken pox tu. Pagi esoknya, baru nampak timbul kat lutut. Lepas rujuk doktor semula, doktor hanya bagi ubat sapu.


chicken pox Anaqi hari ke-3



Hari ke-4, biji chicken pox dah mula pecah


Kesyukuran saya, Anaqi langsung tak menggaru. Cuma ada merengek hari pertama dan kedua dia demam, sebab tak selesa kan. Yelah, kita orang dewasa yang kena pun mesti sakit-sakit badan dan kepala dibuatnya. Hari kesepuluh, bintik chicken pox tu dah kecut dan kering dengan cantik. 


**********************

Apa yang saya ikhtiar untuk dia? Padahal, saya langsung tak guna ubat hospital?

>>Setiap hari, saya mandikan Anaqi dengan mandian yang dicampur dengan Basic H.

>>Pada hari pertama hingga hari ketiga (sebelum chicken pox Anaqi pecah), saya sapu dengan herbal blend shaklee. 

>>Lepas hari ke-4 dan selepas biji-biji tu dah pecah, saya sapu dengan herbal blend yang dicampur dengan zinc complex shaklee. Zinc complex tu saya hancurkan dulu. Zinc complex bantu luka cepat sembuh dan kering dengan cantik.



Campuran zinc complex dan herbal blend


Sampai hari ke-10, Alhamdulillah chicken pox dia dah kering. Jangan risau, kesemua produk Shaklee adalah semulajadi dan selamat terutama untuk bayi.


Hari ke-10 selepas disapu herbal blend dan zinc complex


Antibiotik yang doktor bagi saya habiskan. Penting ye habiskan antibiotik walaupun nampak anak dah sembuh. 

Sepanjang Anaqi terkena chicken pox ni, saya elakkan bagi Anaqi makan makanan bergoreng, kicap, telur dan ayam. Ni pesan orang-orang tua, mak dan mak mertua saya. Selagi ia membawa kebaikan, kita ikutla kan. Sebenarnya, ia nak elakkan sekiranya berlaku elergi dan gatal-gatal. Mencegah kan lebih baik.

Saya hanya buatkan bubur kentang dan campur ikan bilis dalam bubur dia. Mujur sangat, demam pun dia masih berselera makan. 

Jom, ikhtiar cara selamat. Lepas ni tak risau dah sebab chicken pox ni kena sekali seumur hidup kan. Lebih senang kena masa anak masih kecil, senang nak uruskan.



Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)

Sunday, November 9, 2014

OMEGAGUARD~MINYAK IKAN TERBAIK

Assalamualaikum


Kalau sebut minyak ikan, mesti ramai yang terbayang minyak ikan yang banyak terdapat kat farmasi tu kan. Tapi tahu tak, ramai antara kita dah bertahun ditipu dengan pembelian lemak ikan, bukan minyak ikan. 

Hasil kajian, kebanyakan minyak ikan di pasaran mengandungi lebih lemak ikan berbanding minyak ikan sehingga 70%. Tulennya minyak ikan Omega Guard Shaklee mengandungi lebih 85% minyak ikan berbanding lemak. 


Perbandingan minyak ikan di pasaran

Setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh lemak omega-3semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Minyak ikan Omega Guard diekstrak daripada ikan laut dalam di perairan sejuk melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi tertinggi. Pengekstrakan omega shaklee juga melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 paling tulen dan paling semulajadi.


Ianya TIDAK diekstrak dari hati ikan kerana minyak ikan yang diekstrak dari hati ikan mengandungi paras toksin yang tinggi. 


Salah satu khasiat Omega Guard


===================================
SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA GUARD?
===================================

1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran
- Mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil


2) Ibu yang menyusukan

- Omega akan menyalurkan khasiat omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta membantu perkembangan otak kanak-kanak.
- Sangat membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan ( ibu-ibu yang dalam pantang wajib ambik ni tau..nak slim kan??)


3) kanak-kanak

- Omega Guard sangat membantu pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan kecerdasan otak
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan terutamanya untuk kanak-kanak yang sering demam,selesema, batuk, athma dan eczema


4) Mereka yang ada masalah berat badan

- Omega sangat membantu pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Meningkatkan hormon leptine yang mana ia sangat membantu anda untuk mengawal selera makan.


5) Mereka yang sering mengalami masalah kesihatan

- Maksudnya mereka yang kerap batuk berkahak, dan selesema yang berterusan (try la Omega ni pasti batuk dan selesema anda akan berkurangan)
- Sering mengalami sakit sendi dan ada masalah kolesterol yang tinggi
- Sakit strok
- Ada penyakit darah tinggi




Bulan ni promosi Omega Guard Shaklee tau. Super jimat. Beli 6 botol Omega Guard dapat 7 botol.







Nak pembelian dengan penjimatan sehingga 20%?? Jom mendaftar sebagai ahli dan anda akan menikmati pelbagai keistimewaan lain. RM75 sahaja seumur hidup.



CALL/SMS: 019-4817414
SHAKLEE ID: 1139784
EMAIL: tengku.kay86@gmail.com
FACEBOOK: tengku khalsom kumat
FB PAGE: Shaklee (Like saya di FB Page untuk pelbagai info berguna)